f i k i r a n . d a l a m . k e m b a r a

By: xx Op xx xx Op xx

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  >  >>]    [Archive]
Saturday, 17-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
.: traffic jam jalan tun razak-lebuhraya mahameru 16.04.04 :.

.: jem :.
.: 1 jam berlalu :.
.: balai bomba pwtc banjir :.
View all 6 photos...
biasalah bila hujan - kuala lumpur akan mengalami kesesakkan lalulintas.
setiawangsa ke puchong normal pada hari-hari biasa = 1 jam
bila hujan = 3 jam


Wednesday, 14-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
.: eyes of kembara on the two towers :.

.: watch-up :.
.: where are we? :.
.: ampang elavated highway :.
View all 11 photos...


Sunday, 11-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark

.: jam jam jam :.
.: jam lagi dan lagi dan lagi... :.
.: ketepi ketepi kembara nak lalu :.


Monday, 21-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
naruto character

.: Mulan :.
.: Op :.
which narutor character are you? http://orangeday.net/kakashi/quiz/


Monday, 14-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
hari penulis weblog sedunia

.: masjid putrajaya :. lokasi perjumpaan
.: jalur gemilang :.
.: tawaf kali kedua :.
View all 28 photos...
alhamdulillah majlis sambutan hari penulis webblog sedunia di pusat rekreasi air, taman wetland yang dianjurkan oleh kak p-nut berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran ramai ahli geng jurnal. di bawah adalah serba-sedikit petikan foto di sepanjang majlis tersebut:

.: masjid putrajaya :.
lokasi perjumpaan sebelum menuju ke tempat acara.
kami (op dan isteri[mulan] serta abrar), bertolak dari air terjun gabai, hulu langat terus ke putrajaya melalui kajang.
bertemu dengan nilzd4 di hadapan taman botani dan bergerak bersama-sama ke taman rekreasi air, taman wetland.
menyangkakan tempat tersebut ditutup kerana sambutan hari keluarga sebuah badan kerajaan, kami berpusing semula ke kompleks kerajaan dan menunggu tipah di hadapan masjid putrajaya
------------------------------------------------------------------

.: jalur gemilang :.
bendera negeri-negeri tanah melayu berkibar megah di samping jalur gemilang
cuaca nampak cerah dan elok pada hari tersebut
sesuai untuk acara dan aktiviti yang bakal dijalankan
------------------------------------------------------------------

.: tawaf kali kedua :.
mula bergerak dan tiba di pusat rekreasi yang awal-awal tadi tapi tipah keluar semula - mungkin juga sangkaannya sama seperti saya pada awal tadi.
kelihatan jauh dihadapan kereta tipah dan dona
'apa? tak nampak? memanglah sebab dah jauh hehe'.
------------------------------------------------------------------

.: acara makan-makan dimulakan :.
alhamdulillah dah sampai dan acara dimulakan dengan menjamu selera dulu.
prof. zul (berbaju biru membelakangkan kamera) membawa durian - sedap!.
 ...bismillah...
------------------------------------------------------------------

.: sekitar acara :.
apa saja yang diborakkan zhoulzs dan salju
------------------------------------------------------------------

.: sekitar acara :.
wakdin sedang melayan anak-anaknya makan
abrar ditepinya sedang mengunyah rambutan
------------------------------------------------------------------

.: ucapan alu-aluan oleh tuan presiden :.
diikuti dengan ucapan kak p-nut sebagai ketua projek
disusuli pula sesi memperkenalkan diri seorang seminit
------------------------------------------------------------------

.: acara kedua - geju idol :.
ahli geju dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi membuat persembahan
kelihatan ketua kumpulan pertama - spyz sedang memberi tunjuk ajar teknik-teknik menyanyi
------------------------------------------------------------------

.: kumpulan kedua :.
mely dan rakan-rakan sedang menggayakan lagu sheila-majid
------------------------------------------------------------------

.: merpati dua sejoli :.
tok rimau dan isteri telah dipaksa menjadi wakil kumpulan ketiga dalam geju idol
tu tengah membawa diri sambil prektis menyanyi la tu
------------------------------------------------------------------

.: persembahan kumpulan pertama :.
lagu seiring-sejalan
------------------------------------------------------------------

.: persembahan kumpulan kedua :.
lagu sheila majid
tu la gelak-gelak lagi kan dah kena perli dengan 'simon' geju idol. tapi tak adil sebab kumpulan pertama tak kena komen pun
------------------------------------------------------------------

.: persembahan kumpulan ketiga :.
lagu ebiet g. mesti lagu cinta tok rimau dan kak tin dolu-dolu
------------------------------------------------------------------

.: penyanyi jemputan dari jepun :.
rudy dan napang
lagu jepun
------------------------------------------------------------------

.: acara ketiga - kapal terbang kertas :.
tok ketua sedang mengedarkan kertas
kepada putera-puteri geju
mereka diminta membuat model kapal terbang daripada kertas tersebut dan dibenarkan meminta bantuan abang2 dan kakak2 yang hadir
------------------------------------------------------------------

.: peserta akhir acara kapal terbang kertas :.
masing-masing sedang bersedia untuk terbang
eh! mana dia budak-budak kecik tadi?
kelihatan cik daun sedang membaca mentera
yang membawa kepada kemenangan beliau
------------------------------------------------------------------

.: acara keempat - straw kusayang :.
attokz sedang memberi arahan sebelum acara dimulakan
------------------------------------------------------------------

.: straw kusayang :.
tiup bang jangan tak tiup
------------------------------------------------------------------

.: acara kelima - geju fear-factor :.
kelihatan aku tengah terkial-kial mengunyah
nampak tangan donna sedang memecah-mecahkan fishcake kepada ketulan kecil
------------------------------------------------------------------

.: sesi mengambil gambar jurugambar :.
senyum bang senyum
------------------------------------------------------------------

.: sesi terakhir - penyampaian hadiah :.
pemenang geju idol rudy dan napang
hadiah disampaikan oleh tok rimau
------------------------------------------------------------------

.: pemenang kedua geju idol :.
pasangan berbaju biru sedondon
hadiah disampaikan oleh mie
------------------------------------------------------------------

.: hadiah keseluruhan :.
tipah sedang membaca keputusan
hadiah disampaikan oleh kak p-nut
tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan pertama - spyz
------------------------------------------------------------------

.: tempat kedua :.
dimenangi oleh kumpulan ketiga - abrar
------------------------------------------------------------------

.: juara :.
kumpulan aku ler yang diketuai oleh kak ros
terima kasih kepada juri-juri yang memilih kami sebagai pemenang. kami ingin tujukan kemenangan ini kepada mak ayah di kampung.............. hehe
------------------------------------------------------------------

.: kumpulan dua :.
inilah dia ahli kumpulan dua
nurkilan kamera mely
------------------------------------------------------------------


.: ucapan penutup :.
ucapan penutup majlis oleh penganjur kak p-nut
diikuti dengan acara kemas-mengemas dan acara pulang kira-kira jam 6:30
------------------------------------------------------------------

.: sesi bergambar :.
keluarga geju yang hadir
di ambil dari laman web rasmi geng jurnal[u]


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net