f i k i r a n . d a l a m . k e m b a r a

By: xx Op xx xx Op xx

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Sunday, 15-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.: zoo negara :.

lawa tak gambar batu tu?
 
 
View all 55 photos...
sempena dengan tema lumba foto mei - haiwan, kami ke zoo negara mencari model.
dah pusing-pusing satu zoo, aku rasa gambar semut yang paling cantik

masih lagi mencari keserasian tangan aku dengan nikon 7900



Saturday, 23-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.: resolusi tupai-tupai :.

nazmi
sinaganaga
spyz
View all 11 photos...
sembilan haribulan empat tahun dua ribu lima
borak-borak, makan-makan, minum-minum di restoren tupai-tupai

MINIT MESYUARAT TUPAI2

"Ada muzium jamban di Jepun."- Naga mempamerkan pengetahuan amnya berkenaan negara Jepun.

"Anak aku tanya, Sabtu ini tak ke mana ke?" - Spyz melaporkan panggilan yang diterima dari proxy Shila setelah mendapati dia gagal pulang setelah usai kerja.

"Salem ini aku beli kotak lembut kemudian pindahkan ke kotak keras" - Tok R menjawab komen tentang isu Salem kotak keras lebih bahaya dari Salem kotak lembut.

"Nasib baik jam depan sini, sempat la aku tertoleh lokasi Tupai-tupai di sini rupanya." - Jigo bersyukur kerana kerajaan menyediakan pusat-pusat kesesakan bagi memudahkan pemandu yang selalu sesat mencari tanda jalan.

"Untuk lelaki Jiwa Kacau. Untuk wanita, kita namakan Kena Kacau" - Basri menetapkan jenama pada produk terbarunya.

"Aku lewat sebab tunggu mem habis kursus" - Op membentangkan alasan agar namanya dicatatkan dalam minit sebagai lewat dengan maaf.

"Uncle Naga itu super senior saya di sekolah" - Ah Suez mencadangkan kepada majlis bahawa Naga itu amat berpengalaman.

"Memang ini girlfriend saya." - Samurai berucap sekali gus menutup peluang untuk golongan pemuda mengurat satu-satunya wakil wanita yang hadir.

"Aku nak claim duit minyak." - Nazmi menyatakan pendiriannya terhadap kadar inflasi di Kuala Lumpur.
Mon 25-Apr-2005 04:26
Posted by:Jali


Saturday, 2-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.: sauber petronas :.

 
kereta f1 sauber pertama tajaan petronas. enjin ford.
 
View all 14 photos...
petronas mengadakan pameran kereta-kereta f1 sauber petronas di galeri petronas, klcc bersempena dengan 10 tahun pembabitan petronas dalam forumla satu bersama-sama pasukan peter sauber.






Sunday, 27-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.: diablog II :.

meja pendaftaran
ahli panel
 
View all 16 photos...
Dialog Blog (Diablog)

Tajuk: Menjadi Blogger Super
Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 27 Mac 2005
Hari: Ahad
Masa: 10 pagi hingga 12 tengah hari
Ahli panel:-
1. Mat Jan
2. Sultan Muzaffar
3. Rudy Bluehikari (tidak sihat)

Moderator: Tipah Vogue

antara yang sempat aku rakamkan dalam ingatan dan diubahsuai sendiri. ayat dan data yang tepat sila tunggu hasil audio pak bear:

"jangan menulis seperti mat jan, rudy, sultan muzaffar, tokr. tulis seperti diri sendiri. cari identiti sendiri": MJ

"saya buang semua komen-komen yang menyerang peribadi. saya mengekalkan komen yang menyerang tulisan saya": SM

"seperti kata tokr dengan menulis dalam bahasa malaysia lebih mudah bagi meluahkan ekspresi" : MJ

"toucu ni beli kat mana? sedaplah!" : basri sambil menambah sepinggan lagi bihun goreng.



Saturday, 5-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.: pucuk rebung :.

 
 
 
View all 6 photos...
Menara Telekom setinggi 55 tingkat ini melambangkan pemodenan telekomunikasi dan IT di Malaysia. Rekabentuknya menyerupai pucuk rebung gah menjulang angkasa bangsar, satu-satunya banggunan pencakar langit di kawasan tersebut. Menara rebung ini juga merupakan bangunan ke20 atau 21 tertinggi di dunia.

Hari sabtu tadi, selepas menghantar isteri aku ke pejabat, sajalah berpusing-pusing di kawasan kuala lumpur mencari model untuk digital kamera aku

Dan inilah hasilnya...




[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net